Wednesday 28 August 2013

Anak-anak Kecil Di Syurga

"Lailahaillallah..."

Mulut suami saya berzikir-zikir ambil tangannya tepuk si abang, saya pula tepuk yang adiknya. Tiba-tiba Naufar Daniel bangun daripada tidur, dia macam terkejut sambil pegang mulut menangis-nangis. Terus terkeluar semua yang dimakannya. Selalunya dalam situasi yang melibatkan anak ni, tindakan reflect saya lagi pantas daripada suami. Tak tahu lah orang lain, ni pengalaman sendiri. Terus angkat Daniel ke toilet, urut perut dan belakang dia, selawat-selawat sikit biar keluar muntah-muntah sampai habis. Alhamdulillah, wash-up sikit, tukar baju seluar, tepuk dia tidur semula. 

Esoknya, si adik pulak yang sakit, dan confirm lah, kena foodpoisoning lepas makan sup kat luar. Cuma Miyzad ni, antibody dia kuat sikit, takdelah dia menangis macam Daniel. Muntah sambil gelak-gelak lagi, cirit banyak kali sampai bocor-bocor kena seluar lagi. Boleh main menyorok-nyorok lagi bila kita kejar dia nak basuh mulut yang penuh muntah. Daniel je yang terbaring, tak main macam selalu. Ambil dari nurseri pun, sampai rumah mintak bantal untuk baring depan tv.

*     *     *

Sebagai ibu, saya terbayangkan anak-anak saya yang sedang sakit muntah-muntah ni sebagai anak-anak kecil di Mesir, Syria dan Palestine. Kita ni, tengok anak sakit pon dah sedih, susah hati, ini pula kalau anak-anak kecil di Mesir, Syria berjuang hidup mati kat sana. Sungguh saya sendiri bergelut dengan macam-macam perasaan.

Saya rasa sangat marah dengan serangan senjata kimia yang dilakukan oleh Assad. Video-video yang di'share' di laman facebook, gambar-gambar yang dimuat turun menambahkan lagi kemarahan saya bila saya melihatnya. Jika saya yang jauh di Malaysia ni boleh ada perasaan marah, apatah lagi anak-anak kecil di Mesir, Syria, Palestin yang kehilangan ibu ayah, datuk nenek, abang kakak, adik-adik, dan saya akui mereka sangat berhak untuk marah.

Sedih dan simpati. Memang tak dapat diketepikan. Hampir setiap malam saya akan meluahkan kesedihan saya pada suami saya. Saya berasa bersalah kerana apa yang saya hanya mampu lakukan adalah menyumbang sedikit dari segi wang ringgit dan doa. Saya menyalahkan diri sendiri kerana tak mampu lakukan sumbangan yang lebih besar.

Dan perasaan utama yang bergelut sekarang ini adalah cemburu. Iya, saya sangat cemburu. Cemburu dengan ujian yang Allah turunkan kepada mereka. Kerana saya tak tahu jika saya berada di tempat mereka adakah iman saya sekuat mereka untuk melawan semula? Atau adakah kemarahan saya itu hanya akan dipendam sahaja? Ujian yang Allah turunkan kepada mereka menunjukkan betapa besarnya jiwa mereka, hati mereka dan iman mereka. Dan secara tak langsung saya juga tahu betapa lemahnya iman saya ini.

Anak-anak kecil ini, jangan pertikaikan semangat jihad mereka. Saya percaya punca utama tentera Assad membunuh anak-anak Syria ini adalah kerana perasaan gerun mereka jika satu hari nanti anak-anak ini membesar menjadi pejuang-pejuang Islam di masa hadapan. Menjadi salah satu impian terbesar saya sebagai ibu adalah membesarkan anak-anak saya sebagai pejuang Islam, dan mengajar mereka rindukan erti syahid, insyaAllah. Ameen, ameen, ameen.

"Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang zalim." [Ali-Imran : 51]

Saya rasa ramai yang dah lihat gambar yang di'share' di page Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Salah satu gambar yang sangat terkesan pada saya adalah gambar di bawah.





Janin 8 bulan terbunuh akibat peluru yang menembusi kepalanya. Boleh lihat peluru melalui sinar-X. Ibunya telah ditembak di pusat pemeriksaan rejim Assad. Maaf jika ada yang rasa tak sanggup tengok gambar-gambar yang dimuat turun ini.

Sebelum ni, memang saya rasa tak ada kekuatan nak bercakap pasal isu ini. Saya terpanggil untuk menulis tentang isu selepas melihat gambar ini. Semoga penulisan dan peringatan yang saya selitkan dalam blog kali ini bermanfaat.



Salam sayang,
Mama Anis.

mummy tummy one two thee!

Monday 19 August 2013

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

I hope it is not to late to wish everyone Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. May Allah grant us all loves, happiness, health and jannah insyaAllah. Tahun ni raya dengan in-laws, dah dua tahun beraya dengan mak ayah sebab bersalin dan berpantang masa raya. 






p/s : Please make doa for our brothers and sisters in Mesir. Allah uji mereka dengan ujian yang besar kerana iman, jiwa dan hati mereka juga besar. Kita bagaimana?


Eid Mubarak,
Mama Anis.

mummy tummy one two thee!